Feb 21, 2014

2014...Masih tercari-cari?

Salam dan selamat pagi...

See, now dah 2014, dah berhabuk blog ni ditinggalkan selang setahun,lama betul kan..HahaHaHa, nampak sangat tiada idea untuk menulis apa yg terbaru dan berlaku dlm kehidupan.. Sebenonya memang tidak berapa rajin nak membuka blog ni...Apa lah yg disibukkan sgt kan...hehe...

JIka diimbas kenangan 2013, semuanya beransur-ansur 'pulih'... SEMANGAT mungkin.. Terdetik di hati, jangan terlalu bergantung pada orang lain, berusahalah sendiri untuk merasa apa itu keperitan, kesukaran dan kesusahan mencari rezeki.. 

Detik 2014, sukar untuk diungkap kerana taraf hidup terus meningkat.  Argh, sudah gilakah para pemimpin yg telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui negara? Adakah nama yg mereka cari? Atau kuasa yg ada pada mereka sudah dikaburi dan tidak nampak kesusahan rakyat. Aku juga tidak terkecuali merasa tempias kenaikan semua barang.. Aku bukan org senang, apatah lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap.. Aku bukan ahli politik, yg bijak bermain kata dan menabur janji manis tetapi akhirnya menghampakan rakyat... Aku kasihan pada mak, asal aku balik kampung je,ada je dia akan cerita terutamanya hal berkaitan sawah padi.. Sawah padi itulah satu2nya sumber pendapatan ibuku.  Walaupun tidak lah seluas mana, tapi hasil itulah yg membantuku sehingga ke menara gading..Owh.. Macam2 dia akan cerita,aku cuma mendengar walaupun kadang2 cerita itu telah diulang berkali2.. Upah meracun, harga racun dan sebagainya semua naik, subsidi untuk pertanian pun dikurangkan.. Tak pernahkah para pemimpin yang bijak pandai itu berfikir? Kesusahan orang kampung yg mengharap dan bergantung hidup pada hasil pertanian?  Pernah juga ku terfikr, apa kata para pemimpin merasai bagaimana peritnya untuk turun ke bendang mencari sesuap nasi?

Apa yg akan berlaku seterusnya? Cuba untuk terus berusaha ke arah yg lebih positif.. Tetiba terfikir macam nk buat bisnes online? Any suggestion???