Nov 22, 2014

PART 1: LANGKAWI ISLAND, Bengkel di Langkawi...



Assalamualaikum...

Apa khabar semua.. Lama rasanya tak menjengah dalam blog ni. Sibuk sedikit dengan kajian yang sedang berlangsung. Sahabat-sahabat semua, dalam meniti kehidupan yang mencabar ini, rasanya tidak semua yang mengejar saham akhirat. Ada lagi sahabat2 yang diulit kemewahan dan keseronakan dunia. Ada yang baru berjaya, namun, percakapan dan tingkah laku berubah. Sedangkan rezeki, kejayaan dan ilmu yang Allah berikan hanyalah pinjaman. Jangan takbur dan riak. Kadangkala kita tidak sedar dengan percakapan kita terhadap orang lain. Adakah ianya sopan dan tidak mengguris hati sahabat2 kita yang lain?


Sedikit tazkirah bunyinya kan. Hehe. Peringatan juga untuk diri sendiri. Okes, sebenarnya saya mahu menunjukkan aksi2 dan perkara2 sepanjang saya berada di LAngkawi. Tak banyak tempat yang menarik sebab bukan pergi atas tiket pelancongan, tapi atas tiket kerja. Hehe. Anyway, semoga terhibur.
Helang lambang kehebatan LANGKAWI
Stay kat Alia Residence Business Resort

Pembentangan
Coconut Shake Langkawi sedap jugak

Petang lepak tepi Airport 

LAKSA tepi airport
Borong coklat kat Kompleks haji Ismail Group
Lepak Pantai Chenang plak belah malam.
Ni adalah kedua kali saya melawat Langkawi, sedihkan? setelah 6 tahun berlalu.  Hehe. Banyak kenangan dan sejarahnya namun tidak sempat untuk melawat kesemua tempat indah di Langkawi kerana kekangan masa dan keadaan.

Mungkin di lain hari akan dapat diceritakan keseluruhan percutian di Pulau Langkawi penuh sejarah ini. Banyak yang berubah dan menarik untuk diterokai.

Jumpa lagi di lain waktu. Bye.



No comments:

Post a Comment