Nov 24, 2014

Part 2: Last Day in Langkawi


Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah nak balik KL. Rindu plak kat Mr.Hubby lama kena tinggal. Hehe. Tak banyak benda nak cerita cuma boleh upload gambar. Sebab Hari terakhir dekat sini, jadi selepas sarapan kami ke Dataran Lang. Trademark for Langkawi Island. Tapi yg mengecewakan saya,sebagai tempat pelancongan, MPL patut menjaga dan mencantikkan tempat yg menjadi tumpuan pelancong. Dataran Lang pun dah tak segah namanya. Mujur dikelilingi laut dan bot2 yg cantik.. tapi tetap kagum dgn Helang yg besar yg masih utuh.

Trademark of Langkawi
Wow, megahnya Lang di belakang sana
                                                          
Tak bersedia sebenarnya.. Hehe

Selepas sempat ke Dataran Lang, kami sempat singgah ke Makam Mahsuri. Cuma, saya tidak masuk melawat kerana sebelum ini saya pernah ke sana. Saya hanya 'mencuri masa' untuk membeli barang-barang di sana. Puas membelek satu persatu barang, mata saya tertancap pada batik songket yang cantik. Ungu adalah pilihan saya. Walaupun ianya sekadar songket yang dicop coraknya dan bukan disulam, namun, ianya tetap nampak cantik dan ekslusif. Yang penting harganya murah. Itu untuk orang yang kurang mampu macam saya lah. Hehe.
Kota Mahsuri.

Tidak banyak yang dapat dikongsikan kerana kekangan masa dan pemergian ke Langkawi ini bukan atas tiket untuk melancong, namun, ianya sedikit sebanyak menerangkan bahawa Langkawi adalah tempat yang indah untuk dilawati; Bukanlah tempat yang terlalu luas untuk 'diterokai' kerana jikalau sesat, kita tahu jalan mana hendak dituju. InsyaAllah, jika ada masa, mahu pergi untuk Honeymoon. Heehee. JIka diizin Allah.
Landing time..
Tengok tu, banyak betul beg depa2 ni. hehe. shopping sakan la tu. Beg saya yang warna biru tu, sempat shopping di Kompleks Haji Ismail. Memang top tempat tu. hehe. Anyway, InsyaAllah kalau tiada aral, bulan 12 ni mahu ke Beijing, Itu sebab saya beli beg besar tu. hehe.

No comments:

Post a Comment