Nov 24, 2014

Part 2: Last Day in Langkawi


Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah nak balik KL. Rindu plak kat Mr.Hubby lama kena tinggal. Hehe. Tak banyak benda nak cerita cuma boleh upload gambar. Sebab Hari terakhir dekat sini, jadi selepas sarapan kami ke Dataran Lang. Trademark for Langkawi Island. Tapi yg mengecewakan saya,sebagai tempat pelancongan, MPL patut menjaga dan mencantikkan tempat yg menjadi tumpuan pelancong. Dataran Lang pun dah tak segah namanya. Mujur dikelilingi laut dan bot2 yg cantik.. tapi tetap kagum dgn Helang yg besar yg masih utuh.

Trademark of Langkawi
Wow, megahnya Lang di belakang sana
                                                          
Tak bersedia sebenarnya.. Hehe

Selepas sempat ke Dataran Lang, kami sempat singgah ke Makam Mahsuri. Cuma, saya tidak masuk melawat kerana sebelum ini saya pernah ke sana. Saya hanya 'mencuri masa' untuk membeli barang-barang di sana. Puas membelek satu persatu barang, mata saya tertancap pada batik songket yang cantik. Ungu adalah pilihan saya. Walaupun ianya sekadar songket yang dicop coraknya dan bukan disulam, namun, ianya tetap nampak cantik dan ekslusif. Yang penting harganya murah. Itu untuk orang yang kurang mampu macam saya lah. Hehe.
Kota Mahsuri.

Tidak banyak yang dapat dikongsikan kerana kekangan masa dan pemergian ke Langkawi ini bukan atas tiket untuk melancong, namun, ianya sedikit sebanyak menerangkan bahawa Langkawi adalah tempat yang indah untuk dilawati; Bukanlah tempat yang terlalu luas untuk 'diterokai' kerana jikalau sesat, kita tahu jalan mana hendak dituju. InsyaAllah, jika ada masa, mahu pergi untuk Honeymoon. Heehee. JIka diizin Allah.
Landing time..
Tengok tu, banyak betul beg depa2 ni. hehe. shopping sakan la tu. Beg saya yang warna biru tu, sempat shopping di Kompleks Haji Ismail. Memang top tempat tu. hehe. Anyway, InsyaAllah kalau tiada aral, bulan 12 ni mahu ke Beijing, Itu sebab saya beli beg besar tu. hehe.

Nov 22, 2014

PART 1: LANGKAWI ISLAND, Bengkel di Langkawi...



Assalamualaikum...

Apa khabar semua.. Lama rasanya tak menjengah dalam blog ni. Sibuk sedikit dengan kajian yang sedang berlangsung. Sahabat-sahabat semua, dalam meniti kehidupan yang mencabar ini, rasanya tidak semua yang mengejar saham akhirat. Ada lagi sahabat2 yang diulit kemewahan dan keseronakan dunia. Ada yang baru berjaya, namun, percakapan dan tingkah laku berubah. Sedangkan rezeki, kejayaan dan ilmu yang Allah berikan hanyalah pinjaman. Jangan takbur dan riak. Kadangkala kita tidak sedar dengan percakapan kita terhadap orang lain. Adakah ianya sopan dan tidak mengguris hati sahabat2 kita yang lain?


Sedikit tazkirah bunyinya kan. Hehe. Peringatan juga untuk diri sendiri. Okes, sebenarnya saya mahu menunjukkan aksi2 dan perkara2 sepanjang saya berada di LAngkawi. Tak banyak tempat yang menarik sebab bukan pergi atas tiket pelancongan, tapi atas tiket kerja. Hehe. Anyway, semoga terhibur.
Helang lambang kehebatan LANGKAWI
Stay kat Alia Residence Business Resort

Pembentangan
Coconut Shake Langkawi sedap jugak

Petang lepak tepi Airport 

LAKSA tepi airport
Borong coklat kat Kompleks haji Ismail Group
Lepak Pantai Chenang plak belah malam.
Ni adalah kedua kali saya melawat Langkawi, sedihkan? setelah 6 tahun berlalu.  Hehe. Banyak kenangan dan sejarahnya namun tidak sempat untuk melawat kesemua tempat indah di Langkawi kerana kekangan masa dan keadaan.

Mungkin di lain hari akan dapat diceritakan keseluruhan percutian di Pulau Langkawi penuh sejarah ini. Banyak yang berubah dan menarik untuk diterokai.

Jumpa lagi di lain waktu. Bye.



Feb 21, 2014

2014...Masih tercari-cari?

Salam dan selamat pagi...

See, now dah 2014, dah berhabuk blog ni ditinggalkan selang setahun,lama betul kan..HahaHaHa, nampak sangat tiada idea untuk menulis apa yg terbaru dan berlaku dlm kehidupan.. Sebenonya memang tidak berapa rajin nak membuka blog ni...Apa lah yg disibukkan sgt kan...hehe...

JIka diimbas kenangan 2013, semuanya beransur-ansur 'pulih'... SEMANGAT mungkin.. Terdetik di hati, jangan terlalu bergantung pada orang lain, berusahalah sendiri untuk merasa apa itu keperitan, kesukaran dan kesusahan mencari rezeki.. 

Detik 2014, sukar untuk diungkap kerana taraf hidup terus meningkat.  Argh, sudah gilakah para pemimpin yg telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui negara? Adakah nama yg mereka cari? Atau kuasa yg ada pada mereka sudah dikaburi dan tidak nampak kesusahan rakyat. Aku juga tidak terkecuali merasa tempias kenaikan semua barang.. Aku bukan org senang, apatah lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap.. Aku bukan ahli politik, yg bijak bermain kata dan menabur janji manis tetapi akhirnya menghampakan rakyat... Aku kasihan pada mak, asal aku balik kampung je,ada je dia akan cerita terutamanya hal berkaitan sawah padi.. Sawah padi itulah satu2nya sumber pendapatan ibuku.  Walaupun tidak lah seluas mana, tapi hasil itulah yg membantuku sehingga ke menara gading..Owh.. Macam2 dia akan cerita,aku cuma mendengar walaupun kadang2 cerita itu telah diulang berkali2.. Upah meracun, harga racun dan sebagainya semua naik, subsidi untuk pertanian pun dikurangkan.. Tak pernahkah para pemimpin yang bijak pandai itu berfikir? Kesusahan orang kampung yg mengharap dan bergantung hidup pada hasil pertanian?  Pernah juga ku terfikr, apa kata para pemimpin merasai bagaimana peritnya untuk turun ke bendang mencari sesuap nasi?

Apa yg akan berlaku seterusnya? Cuba untuk terus berusaha ke arah yg lebih positif.. Tetiba terfikir macam nk buat bisnes online? Any suggestion???

Jun 28, 2013

Lamanya tinggalkan blog ni....

Last update 2011..Now 2013..yeawww..gile kentang....

Lama menyepi bukan sebab busy pun tapi banyak sangat rintangan dan dugaan silih berganti.. Awal perkahwinan, banyak benda baru nak belajar.. Mengenali, memahami.. begitulah yang berlaku...
Masih mengharapkan sinar baru dalam sesebuah perhubungan... Menanti sebuah harapan..cahaya mata.... Kesabaran menghasilkan sesuatu yang bermakna, InsyaAllah.. Harapnya begitu lah..

          Menempuhi  tahun 2012 yang penuh kelam..tersepit..kecewa..meratapi..semua dirasai..semoga detik 2013, kesemua kelam itu berlalu pergi..Yakin dan Percaya dengan ketentuan Ilahi..Rezeki yang Allah beri..walaupun kebanyakan rakan seperjuangan mempunyai aset dan juga pekerjaan yang baik, namun, itu tidak mematahkan semangatku untuk terus berusaha.. Mencari pekerjaan yang baik dan yang penting menghabiskan TESIS yang dah lama tertangguh...


Sekian, jumpa di lain hari.. 

Nov 30, 2011

::Majlis Bertandang 27/11/11

Salam....wah, kalo dh blog pon the real life,mmg kene cite yg real punya je kat cni kan..ehhe...coret-coret masa majlis bertandang:-
  • Suami saya demam 2 hari sebelom majlis..ya Allah,tabah je la hadapi dugaan ni....mmg x lena tido la jaga dia..g hospital malam2,dah macam demam kepialu kot.menggigil x berhenti,risau gile...badan panas tp check kat spital 37.4 je...
Majlis berjalan dengan lancar walau pun hujan turun sewaktu p outdoor shoot..hehe...perit gak la sebab wat kat bagan kan...risau je jatuh laut kan masa meniti titi tu...dh le suami sy x bape nk sihat..hee..hope shoot ok la..hihi...untuk tatapan,disajikan gambar2 masa majlis bertandang hari tu...
Baru tiba....

Sama cantik...

rebut gula-gula

Family bos suami saya

dengan kawan saya,che-che

Leha & PIka

pengapit saya @ mbok lin

gaya2 bebas


Selesai sudah semua urusan walimatul urus..alhamdulillah,lega rasanya..selepas ni,pikul tanggungjawab sbg seorang isteri plak...jd surirumah sepenuh masa ni..ehhe....buat masa ni la....harap2 lepas ni btambah la rezeki,dapat kije tetap,dapat bantu suami tsayang..dapat li rumah sendiri...amin..semoga doa dimakbulkan...

Nov 18, 2011

big event in my life....

Alhamdulillah....dengan 2x lafaz,aku sah bergelar isteri kepada lelaki yg aku cintai,Mohd Suhaimi....InsyaAllah,semoga rumahtangga yg dibina ini kekal sehingga ke akhir hayat...Aku akan cuba menjadi isteri yang sebaik mungkin.taat pada suami....
Alhamdulillah..sah bergelar seorg suami


 Terharu dan sangat gembira..tertanya2 pon ada..betul ke ni????aku dh jadi isteri org ke???sampai saat ni pun aku masih tertanya2..hehe..mcm x percaya je kan..dah jadi isteri org ni perangai kene jaga..xleh gile2 lg dah..hee..best ke eh jd isteri org ni???lg byk bende nk kene control kan...nak keluar rumah kene mintak izin suami,nk jmp kwn2 pon dh terbatas skang ni..adus,xleh enjoy mcm bujang2 dulu ke????hikhiik....
menerima kucupan drp suami

terasa bahagia menerjah jiwa..hihi

Kamu sah menjdi milikku...
Usai sudah majlis pernikahan pada tanggal 11/11/11...walaupun ramai yg memilih utk bernikah pada tarikh yg cukup istimewa ini, tetapi aku juga inginkan ianya menjadi saat yang terindah dalam hidup aku....BIARLAH SATU....Majlis pertunangan pada 1/1/11 dan pernikahan pula pada 11/11/11..semuanya satu...alhamdulillah...

Majlis persandingan diadakan pada 12/11/11 iaitu pada  jam 1230,janji melayu la..hehe..apa-apa pun,jutaan terima kasih yang tdak terhingga kepada ahli keluarga yg banyk membantu dr awal hingga ke akhir majlis...sedara mara yg sudi hadir memeriahkan majlis sy..kwn2 seangkatan semua..insyaAllah,jika tiada aral,majlis korang pula akan menyusul..dan sy akan pastikan sy msti hadir memeriahkan majlis korang semua....Andaman sirih pesona yg merealisasikan majlis sy dgn menydikan perkhidmatan yg terbaik dr segi hiasan pelamin dan pkaian pengantin..tidak lupe juga kpd juru andam @ tukang make up, min moluccas..hehe...kawan baik kak lin @ chinta adlin..hehe...kak lin jugak merangkap penyepit sy.hehe... Majlis berlangsung dengan meriahnya..alhamdulillah...lancar...
ketibaan pengantin lelaki dan rombongannya

sesi membahagi gula2..hehe

sanding time..ko tgk laki aku...ntah ape2 la dia ni

kunjungan sahabat handai dr PALAPES UKM

Acara memotong kek

Ahli keluarga pihak lelaki....
 Anyway,nak ucap jutaan terima ksih sekali lagi....sudah selamat semuanya..selamat menempuh alam rumah tangga buat aku dan juga suami..pas ni,rancang nk g honeymoon lak..yahooo.....
Sekian,berjumpa lagi..Tadaaaaaaa....

Oct 17, 2011

DUP..DAP..DUP..DAP

Salam semua...
Wah..tak sampai masa sebulan je lagi nak menanti hari2 bahagia bersama si dia yang tersayang..tapi..persiapan tak siap lagi..adoiiiiii..sape boleh bantu ni???dengan baju nikah tak siap lagi,barang2 hantaran tak ada yang beli lagi..bak kata orang,kalau ongkosnya kurang,macam tu la,beli sikit2..huhu....apa boleh buat,camni lor org x bekerja..susahnya la kan..mujur la ada pensyarah2 aku yang prihatin mbantu serba sedikit.....walau pun sedikit,insyaAllah,akan mencukupi dengan izin Allah...Walaupun sederhana,moga2 majlis itu diredhai oleh-Nya dan berjalan dengan lancar.....ameen..

Waktu-waktu gini la dia blur kan..nak kene buat ape dulu..asik fikir,goddies ni cukup ke utk kawan2 n  sedara mara..agk2 x cukup,suh depa bawak balik bekal la kan..ya Allah,berilah kekuatan kat aku,semoga majlis aku nnt bjalan dgn lancar..risaunya la...huhu....

Kawan2 ku yg tcinta,doakan ye semoga majlis saya berjalan dengan lancar...ya Allah,permudahkanlah segala urusanku.....Buat prof JJ yang nak berangkat ke Mekah hujung bulan 10 ni,doa2kanlah kebahagiaan saya ye dgn pasangan(spesial kes konon)..hahha...dan satu lg yg lebih penting,doakan semoga saya cepat2 hbis menulis bab dan hantar utk di 'viva'..master oh master..bile la nk hbis ni..ni pon wat aku risau lebih2..hehe....

Salam Sayang.....Net spider....