Nov 23, 2018

TRIP KE BUKITTINGGI INDONESIA (PART 3)

Selamat Datang.....


Day 3 (28 OKtober 2018)....

Hari yang panjang untuk ditempuh. Cuaca betul-betul mencemburui kami lagi tapi tiada masalah kerana hujan pagi kan satu rahmat. Hari yang banyak melalui selekoh tajam dan kawasan pergunungan. Perjalanan pagi kami menuju ke Perkampungan Sungai Landia, orang kata nak lihat pemandangan yang indah (macam Cameron Highland kat Malaysia tu). Hujan renyai turun dan perjalanan di lereng bukit sangat mencabar (gayat wey).

Panorama Desa Sungai Landia




Lepas puas menikmati pemandangan, kitorang teruskan perjalanan ke Puncak Lawang. Dengarnya dari puncak ni kita akan menikmati dan melihat Danau yang berada jauh di bawah. Namun, kedatangan kami masih lagi dicemburui oleh cuaca. Hujan renyai dan cuaca yang berkabus tebal menyukarkan pemandangan. Suhu dikatakan agak sejuk dengan kabus yang tebal, namun kami tetap enjoy.

Puncak Lawang yang indah







Cukup penat bergambar, kitorang bergerak pula ke destinasi yang seterusnya. Sebenarnya takde plan sangat pun dan plan sebenar dah lari seperti yang dirancang. Jadinya,kitorang ikut je la Supir kami bawa kami ke mana. Pandang kanan dan kiri sepanjang perjalanan, mata saya tertumpu pada satu tempat yang direka indah menggunakan alam semulajadi yang ada. Yang bagusnya Supir saya ni ikut saja apa yang kami minta. Dalam banyak2 orang yang ada, saya je yang gigih turun van sebab nampak tempat yang indah ni (lupa nak tanya nama tempat). Terima kasih kepada beliau (supir yang kitorang anggap kawan) sebab sudi ambilkan gambar saya dan minta izin tuan tanah untuk bergambar (saya tak tahu berbahasa minang). Jom layan..... time ni hujan renyai, redah je lah kan....

Cantik bangsal pokok tu

One of my favourite spot
Perjalanan yang jauh agak memenatkan, Jadi, destinasi seterusnya ke tempat proses kacang tanah goreng dan gula melaka. Yang istimewanya, kacang tanah digoreng bersama pasir sehingga betul-betul rangup dan garing. Without any oils. Ok, nak rasa air tebu segar dan manis (secawan dalam 10k rupiah kot), serius manis piang. tiada tambahan gula ye. Menariknya di sini, mereka menggunakan tenaga Haiwan seperti Kerbau untuk memerahkan gula tebu untuk dibuat gula melaka dan gula perang. Eh, betul ke tak aku ni, Haha. Jom layan...

Macam ni la prosesnya

Tu gigih kerbau pusing keliling
Lepas dah puas lepak makan kacang dan air tebu, kitorang menuju ke destinasi seterusnya iaitu Danau Maninjau dan Kelok 44. Oleh kerana kelok tu banyak sangat nak sampai ke bawah, kitorang berhenti sampai ke Kelok 38 je. Poning wey berkelok2 gitu. Tapi ok je dah rasa jalan yang berliku2 ni, Pemandangan Tasik dari atas tetap cantik cuma kami sebenarnya tak larat nak melalui liku2 kelok tu. Kalau korang nak rasa, korang boleh je stay kat hotel or resort area Danau Maninjau tu. Boleh memancing sekali kat tasik tu, kalau beranilah. Hehe. Jom layannnnnnn...

Lots of Love. I love Nature. Calm. Fresh.


Perut pun berkeroncong laju ni. Lapar pula cuaca sejuk-sejuk ni. Ok, Supir kami memilih untuk kitorang makan makanan ikan laut di Kedai Pauh Piaman, Aummmm.. memang menyelerakan. Kebanyakan makanan di Padang dan Bukittinggi ini memenuhi selera kami.  Kitorang ambil set, jadi, apa yang dihidang, semua boleh makan. Jom makan...

Menyelerakan kan? 

ni la dia supir kami yang kuat menyakat dan melawak..

Kitorang balik awal ke hotel sebab masing2 kepenatan. Jadinya, Supir kami ni beli idea la untuk kitorang lepak lagi. Heehee. Rugilah datang Bukittinggi balik awal ke hotel. Jom pusing lagi, Kali ni kami menyusur ke Lembah Sianok dan menemukan Taruko Coffee. Ibarat lepak2 minum petang dengan kawan-kawan. Tak nak menjangka apa2 mengenai tempat ni sebab tak masuk pun dalam plan asal. Tapi seriusly, tempat ni yang meninggalkan kesan paling mendalam dalam hidup. Cewahhh, ruginya tak lepak lama2. Ya Allah, cantik sangat pemandangan kat sini. Dengan persekitaran lembah di sekeliling dan anak sungai yang mengalir tenang. Tempat ni paling saya rindu. InsyaAllah, i will come even im solo traveller.. Coffee dia pekattt gile. Memang tak bagi orang tidur malam kot. Tempat ni sesuai untuk family or couple. Ada buaian, ada padang untuk anak bermain. Jom tengok....

Minum petang

Cantikkan bangsal tu..


Malamnya kitorang makan bakso. Rasalah juga sebelum pulang ke Malaysia. Not bad la juga kan bakso dia kalau Mat Yan boleh tambah sampai 3x. Hehe.

Tu orang tengah kami. Hee

Perut pun kenyang, kami pulang ke sarang. Berehat dan kemas apa yang patut sebab kitorang kena gerak awal pagi. Flight kami jam 8 pagi waktu Indonesia. nunite.

No comments:

Post a Comment