Nov 22, 2018

TRIP KE BUKITTINGGI INDONESIA (PART 2)

Another Day. Part 2. Day 2 . 27 Oktober 2018


IG: toko.helm.bukittinggi


Saja bagi panas line buat peminat KYT helmet. Bagi saya, di mana saja ceruk bumi Indonesia ni terkenal dengan helmet jenama KYT ini. Sejak semalam, topik utama antara ipar duai saya dengan hubby adalah helmet. Tak sempat panas punggung di bukittinggi, laju sahaja menanyakan supir kami tentang itu. Selepas sarapan pagi di Guesthouse, awal-awal pagi kami menemani mereka (yang lelaki) memilih helmet mereka. Hampir 3 jam di situ sahaja. Awww, habis plan itu berjalan-jalan. Yeah, hari kedua di sana cuaca agak mencemburui kami juga.

Kerepek ubi Segar tanpa garam.. 
 Selepas puas hati dan memborong helmet, kitorang teruskan perjalanan yang tinggal separuh hari ini di kedai kerepek UMMi Aufa Hakim. Kedai ni memang top dan popular bagi pengunjung ke Bukittinggi. Pelbagai perasa ada, namun yang menjadi kegemaran saya adala yang original tanpa garam. Selepas disagat menggunakan mesin tradisional (bagi saya), mereka terus menggoreng bagi mengekalkan kesegaran ubi tersebut. Sambil berborak, kami dihidangkan dengan kerepek tersebut. Makanla sebanyak mana yang anda suka. heehee. 


Kuih bangkit pelbagai perisa

Kuih bangkit perisa Cheese dan original adalah antara kegemaran saya. Jadinya, takkan lepas peluang untuk membeli. Rapuh dan cair dimulut menjadi tarikan kuih bangkit ini (bagi saya lah). Puas membeli bela di sini, kitorang pindah ke kedai sebelah (kedai kain sulam). heehee. 


Lepak sambil minum kopi
Perjalanan ke Kiniko Coffee ni agak mencabar juga. Semasa dalam perjalanan, hujan turun agak lebat. Jadinya, yang lain masih tersangkut di dalam van (kitorang redah awal turun van). Kopi di sini boleh tahan sedap sambil menjamu selera pisang salai. Kitorang rasa secara percuma tau. Air herba juga disediakan tetapi kami tak berani nak mencuba takut tak kena dengan usus perut kami (jangan buat pasal kat tempat orang).


Kiniko Coffee
Pondok Flora
Perjalanan jauh agak memenatkan dan membuatkan perut mudah lapar. Makan tengahari agak lewat kerana banyak hal yang tertangguh. Pilihan supir kami : Makan tengahari di Pondok flora bAtu Sangkar. Mempunyai kolam ikan dan ikan yang besar-besar, dikelilingi sawah padi yang menghijau dan suasana yang cukup indah..... pastinya tidak lupa kepada satay ini. Yummeh.
Sedap. Tapi lupa tanya satay apa

Pengawal peribadi ni. kikiki
Selepas alas perut, kitorang dibawa ke Tasik Singkarak. Terletak di antara Pekan Padang Panjang dan Solok. Air yang jernih dan tenang. Paling tidak lupa peristiwa Aryan terjun tasik. Aduhai la anak, pantang nampak air, dia ingat macam kolam renang. Kitorang bergambar punya bak model, sekali tengok Aryan berenang, tak boleh nak buat apalah. Nak tak nak memang daddy dia yang terjun sekali.


Baik je daddy Aryan lepaskan tangan
Sudah basah lencun terjun tasik. Panjang akal dia
View of Tasik Singkarak (kredit : Supir)
Kat sini memang tak boleh lepak lama selepas insiden Aryan berenang. Cuaca pun redup dan renyai2. Sebelum jadi perkara tak diingini berlaku, kitorang keluar dari daerah tersebut. Hehe. Jadi, hampir lewat petang, kitorang singgah kedai sulaman untuk membeli belah. Tadi giliran lelaki shopping, sekarang giliran perempuan pula.
Putri Minang.
Depa shopping tak habis-habis, jadi saya bergambar la dulu (dalam ujan renyai). Mujur pak supir ni rajin ambil gambar. Best kan? Jangan segan silu nak suruh dia ambilkan. Almost  2 hour at this place, now moving to Kedai makan untuk makan malam. Kitorang pilih tempat yang sama untuk dinner. Kali ni saya memilih Pecel Lele pula. Owwwww. Sedapnya.

Mesti korang tertanya2, sapa supir kami ni. Panjang cerita asalnya. LAst episod nanti saya akan beri NO WA beliau ye. RECOMMENDED sgt. Kelakar orangnya.

SEE U on Part 3

No comments:

Post a Comment