Nov 21, 2018

TRIP KE BUKITTINGGI INDONESIA (PART 1)

Assalamualaikum..

Bersarang jenis apa lah blog saya ni. Lama tak buka, sibuk dengan urusan duniawi. Lagipun nak update story paling senang guna lappy dari smartphone (mungkin belum pandai, haahaa). Taknak bebel panjang, saja nak story pasal percutian family ke Bukittinggi, Indonesia. 

Sebenarnya percutian ni dah dirancang setahun yang lalu (booking tiket sempena AirAsia (AA) buat promosi free seat. Padang or Bukittinggi ni dah lama planning masa zaman riang dengan kawan-kawan tapi terbatal disebabkan keadaan darurat (jerebu sebab kebakaran di Pekan Baru, Indonesia) pada tahun 2014 (kalau tak silap la). My trip ni pada 26 hingga 29 Oktober 2018 (4h 3m). Harga tiket ketika itu boleh dikatakan agak murah juga (RM 150 return).

Day 1 (8.00 pagi di airport Minangkabau, Padang)

Pertama kali jejak kaki ke bumi Padang. Sebulan sebelum ke sini, macam2 berita bencana berlaku di negara jiran. Alhamdulillah, perjalanan ke sini dipermudahkan. 
Sebelum berlepas. Dok loading2 barang
Disambut dengan senyuman oleh Supir kami 

Loading beg2 ke mini van kami (10 orang)
Posing lagi. Mana boleh lepas peluang. 
Ambil kesempatan bergambar dengan awek Minang. Cantik kan diorang.
Selesai loading barang, ok, kita start berjalan2. Perut dah berkeroncong, kitorang request nak makan lontong dengan sup soto. Biasanya, orang Malaysia akan singgah makan di Lamun Ombak tapi kami request selain dari itu. Breakfast lontong nangka dengan sup soto (tak dan nak ambil gambar, lapar sangat).

Oleh kerana kitorang tak stay kat Padang, kitorang ronda2 dulu sebelum ke Bukittinggi. Menyinggahi Masjid Raya Sumatera Barat yang megah berdiri. Senibina yang mengagumkan, tak tergambar dengan kata-kata. Melibatkan jumlah yang besar semasa pembinaannya, tidak mustahil ianya menjadi Masjid utama dan terbesar di Padang, juga menjadi tarikan utama pelancong.
Cantik betul Masjid Raya ni
Pantai merupakan tarikan utama di Padang (tapi singgah je)
Sempoi bak hang. Panas lit lit
Dah separuh hari meronda sekitar pekan Padang, kitorang bergerak menghala ke Bukittinggi. Perjalanan sebenar mengambil masa dalam 1 ke  2 jam (kitorang banyak singgah dan berhenti). Perjalanan agak mencabar (kawasan pergunungan), dengan kepala rasa tak sedap pula ketika datang. (mood lari sikit sebab kepala pening). Sempat singgah di Air terjun Lembah Anai (kategori wajib masuk kot, hehe). Korang dikenakan caj 5,000 rupiah sorang untuk masuk ke sini). Tak boleh mandi tau, cuci muka best la, air dia sejukkkk.

Welcome to Air Terjun Lembah Anai 
Nampak tak?
Dah puas main air, kita bergerak lagi. Aduh, jauh juga perjalanan mendaki ke Bukittinggi. Cuaca ketika ini mendung dan adakalanya hujan renyai. Pusing punya pusing, kitorang berhenti makan tengahari (lupa lagi nak ambil gambar.. lapar tahap apa tak tahu, hahaha)... Beg kulit yang cantik seperti gambar di bawah ni adalah tempat yang kitorang sempat singgah (konon nak beli belah awal le tu), rupanya non hado sebab servei2 je dulu. Harga beg tu sekitar 300k rupiah dan ke atas bergantung kepada saiz beg.




Cepat betul masa berlalu. Sebelah petang kitorang sempat singgah ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (dijadikan muzium untuk mengetahui kebudayaan masyarakat Minangkabau amnya. Bayaran masuk yang dikenakan sebanyak 2,000 rupiah setiap orang. Melangkah masuk ke muzium ini, kami diberi penerangan mengenai sejarah bangunan tersebut, senibinanya, ukiran yang ada di setiap bangunan membawa maksud tersendiri, jumlah bilik dan mengapa pembinaan ruang bilik sedemikian dan banyak lagi info yang diterangkan kepada kami. Nak tahu kena pergi lah. Hehe
Sekeliling yang ada di PDIKM


Segak tak dalam persalinan Minangkabau

Macam sanding lagi sekali je (laki saya orang Jawa, hehe)

Penat dah sampai ke petang. Cukup dulu aktiviti meronda, boleh sambung esok pula. Sampai guesthouse (penginapan kami), kitorang berehat, mandi, solat dan sebagainya. Hello Guesthouse ni saya recommend kepada sesiapa yang cari bajet hotel. Pemilik dia Cina tetapi sangat mesra. Bilik pun bersih, sejadah disediakan, arah kiblat juga dilabel. Saya bagi 5 Bintang untuk hotel bajet sekitar Bukittinggi. Berhampiran Jam Gadang (simbolik Bukittinggi) dan pasar atas (masa kitorang datang Jam Gadang sedang dibaikpulih). Masjid juga hanya selang beberapa buah bangunan. Yang penting, breakfast yang disediakan sangat sedap.

Hello Guesthouse Budget Hotel tempat penginapan kami

Kitorang makan malam di Ayam Penyet Wong Semarang. Saja nak test ayam penyet, sama tak macam kat Malaysia. Hehe. Sedap, sambal pun pedas. Saya order alpukat jus (wajib cuba ok kalau ke Indonesia, kaw kaw rasa dia, marvellous. Gambar x sempat snap lagi. Heehee...

Muka tak sabar tunggu makanan masing-masing

Ni lah ayam penyetnya (19,000 rupiah)

Cukup untuk hari pertama di Bukittinggi. Kitorang stay 3 malam di sini sebab malas nak berpindah randah. Haahaa. Al maklum lah, bawa anak-anak kecil. Ok, jom beradu. Stay tune Part 2 guys.

No comments:

Post a Comment